"orang akan ingat kita selagi kita mempunyai wang dan harta. itu hakikat zaman sekarang." - Khairul Annuar Hanafi.
1. Tepat sekali, itulah yang bakal dikaitkan oleh aku dalam post kali ini. Adrenalin atau perasaan benci terhadap orang orang yang sememangnya macam celaka ini sudah membuatkan aku muak.
2. Pertama sekali, sudahkah anda search maksud kawan itu? Jika tidak, mari aku cungkilkan.
3. "a person attached to another by feelings of affection orpersonal regard." - Dictionary.com
4. Itulah maksud tersirat kepada kawan, seseorang yang berkait dengan seseorang yang lain di atas perasaan atau tujuan sendiri.
5. Sudahkah saudara saudara nampak disini sudah membawa 2 maksud yang mungkin, sangat berbeza.
6. Mari kita huraikan lebih tentang perasaan.
7. Kita mungkin tidak dapat mengawal perasaan, perasaan cinta, benci, sayang, dan sebagainya. Berkawan oleh kerana perasaan, itu mungkin bermaksud sesuatu yang positif bagi aku.
8. Berkawan oleh kerana tujuan sesuatu, ialah seperti kamu berkawan dengan si fulan ini oleh kerana kelebihan yang beliau ada. (Contoh:Kaya atau Pandai)
9. Jadi di sini, kita boleh lihat 2 perbezaan ketara di dalam berkawan.
10. Apa yang saya mampu kata ialah, berkawan itu biar berpada-pada. "too much of good things will make it bad".
Sekian