1. Pada asalnya, kami semua merancang untuk bertolak pada jam 5 petang. Tetapi cuba teka, semua itu tidak mengikut perancangan. Biasa lah, Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan nya.
2. Jadi selepas siap berkemas barang (memasukkan barang di dalam kereta, memeriksa enjin kereta), kami pun selamat bertolak pada jam 7.30 malam.
3. Waktu rasmi bermula ketika saya memasuki lebuhraya PLUS.
4. Seperti biasa, sepanjang perjalanan saya perlu di temani seorang rakan atau pun co-pilot untuk berbicara atau berceloteh dengan saya. Mangsanya ialah Arif Bahari.
5. Oh lupa saya menyatakan nama-nama yang menyertai saya dalam pengembaraan kali ini, Arif Bahari dan Idzham.
6. Kami berjaya sampai ke Tapah dalam masa 50 minit dari Shah Alam. Saya mengambil keputusan untuk berhenti rehat dan makan.
7. Selepas itu saya terus bertolak ke Pulau Pinang untuk ke rumah Arif Bahari yang terletak di Teluk Kumbar.
8. Saya berasa amat terkejut kerana saya berjaya sampai ke Pulau Pinang dalam masa 2 jam 30 minit.
9. Kami berhenti di rumah Arif dan ibunya telah menyediakan spaghetti(I'm sorry if I misspelled it.). Boleh tahan juga masakan ibu Arif.
10. Setelah penat mengembara, kami tidur di Seri Malaysia Bukit Jambul.
11. Pada keesokan harinya, saya bertolak dari Pulau Pinang untuk menghantar Idzham di Tasek Gelugor. Selepas itu, saya terus menuju ke JITRAAAAAAAAAAAAAAAAA(I'm sorry but I can't stand).
12. Pada sebelah petang nya pula, saya ada perlawanan ragbi. Jadi kisah pengembaraan selesai di sini.
Kalau takut dilanda ombak,
Jangan berumah ditepi pantai,
Baik jaga kelakuan awak,
Sebelum kami bantai.