Possession:
Pasukan Kedah rata-rata banyak menguasai bola baik di kawasan sendiri mahupun di kawasan musuh. Namun terdapat sedikit kelemahan di mana kurangnya chemistry antara pemain. Itu merupakan perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak pengurusan dengan cepat. Penguasaan bola 100% bergantung kepada chemistry, passing, dan flow permainan itu sendiri. Kesimpulanya, walaupun Kedah berjaya menguasai permainan, namun kesalahan-kesalahan kecil seperti kurangnya persefahaman dan ketepatan hantaran telah merubah corak permainan pasukan Kedah.
Pasukan Negeri Sembilan pula banyak bertahan dan kurang melakukan kesalahan memandangkan mereka jarang-jarang meguasai bola.
Offense:
Pasukan Kedah walaupun dengan penguasaan bola hampir-hampir 60 peratus tetapi tidak berjaya membuat cubaan-cubaan yang merbahaya. Perlu diingatkan bahawa, pasukan Kedah tidak mempunyai pemain yang major dalam posisi penyerang(Azlan,Shakir, dan Hattapon tidak bermain) dan Wan Jamak memperjudikan nasib dengan bertaruh apabila beliau meletak Khyrill Muhymeen sebagai penyerang (lone striker).Walaupun Kedah menggunakan formasi 5-3-2, (dengan meletakkan Baddrol Bakhtiar sebagai suporting striker) Khyrill lebih menonjol dalam posisi itu dimana Baddrol banyak membantu jentera tengah pasukan nya. Peluang lebih banyak memihak kepada Khyrill namun gagal disudahi dengan sempurna. Baddrol menyumbat gol sulung Kedah hasil umpanan cantik dari Ahmad Fauzi Shaari.
Defence:
Fauzi Nan mengawal jentera pertahanan begitu baik sekali. Ternyata dia sangat sesuai diletakan sebagai ketua pasukan. Namun sepakan percuma dari pasukan Negeri Sembilan telah menghancurkan rekod bersih pertahanan pada malam itu apabila cubaan terus pemain Negeri Sembilan telah hinggap di kepala Khairul dan bola terlambung dan jatuh ke gawang gol sendiri.
Rata-rata permainan Kedah semakin menarik. Namun, seakan-akan ada sahaja pemain yang telah jual game. Harap-harap tanggapan saya salah.