Sunday, August 23, 2009

Ramadhan

Percaya atau tidak, sebenarnya kita lebih berbelanja di bulan ramadhan berbanding hari-hari biasa. Mengapa saya membuat kenyataan seperti itu? Cuba anda kaji, di bulan atau hari-hari biasa, adakah anda membelanjakan sejumlah wang untuk kuih-muih dan beberapa jenis juadah? Tidak seperti di bulan Ramadhan yang Mulia ini, kita banyak membelanjakan wang kita setiap petang untuk membeli makanan-makanan dan juadah-juadah.

Percaya atau tidak, di bulan Ramadhan al-Mubharak ini, kita berpeluang untuk me'lamping'kan badan kita berbanding bulan biasa. Namun, Kita terlalu tamak dan terlalu asyik melayan nafsu kita sewaktu berbuka puasa. Meja dipenuhi dengan kuih-muih,ayam golek,dan lain-lain.

Jadikan bulan Ramadhan al-Mubharak ini platform untuk kita berubah.

Pen-off