Assalamualaikum kepada semua blogger, nampaknya sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya. Hal ini kerana, saya tidak mempunyai sebarang idea untuk 'mencoret' sesuatu di dalam blog ini. Post saya untuk kali ini ialah mengenai HARI RAYA 2009.
1. Hari raya tahun ini tidaklah memboros sangat seperti hari raya sebelum ini. Saya hanya membeli sepasang seluar jeans dan sehelai baju kemeja. Saya berbelanja sebanyak Ringgit Malaysia 175+150. I don't spent my money wisely.
2. Hari raya ini juga berbeza dari 5 tahun yang lepas, di mana saya berada di Istana pada pagi 1 Syawal. Tahun ini saya berada di Batu 35,Parit Haji Ismail,PONTIAN. Saya beraya di Johor pada tahun ini. YAY! Sudah 5 kali raya saya beraya dengan sultan, Tahun ini saya beraya dengan NENEK kesayangan saya. Selalunya pagi 1 Syawal di habiskan bersama Sultan dan Menteri Besar, kemudian balik ke Felda Lubuk Merbau. Tahun ini saya pulang ke PONTIAN pada 2 hari terakhir Ramadhan. Dan kemudian pulang ke Kedah(Jitra) pada malam hari raya ke 2 menaiki kapal terbang.
3. Hari raya pada tahun ini tidak terlalu meriah kerana SPM.
4. Duit raya tahun ini semakin banyak banyak. Hal ini kerana, ramai sepupu saya sudah bekerja.
5. Open House rumah saya akan saya beritahu kemudian.
6. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan bloggger